Dalam konteks bahasa pertuturan harian yang biasa digunapakai oleh Suku Makiang, 'Purutawoi' bermaksud 'pulau yang panjang'. Perkataan 'Purutawoi' mempunyai dua suku kata yang membawa dua maksud yang berbeza iaitu, 'puru' dan 'tawoi'.

'
Puru' bermaksud 'pulau' sementara 'tawoi' membawa maksud lebar atau panjang
(dalam versi Suku Makiang untuk ukuran saiz sesuatu tanjung). Menurut cerita beberapa orang tua di kampung Purutawoi ini, suatu ketika dulu ketika mereka mula berpindah dan menetap disini, kawasan tersebut kelihatan seakan-akan berbentuk 'puru' atau pulau kerana kawsan ini
dikelilingi oleh anak sungai dan mempunyai tanjung yang panjang. Keadaan bentuk muka bumi tempat ini menyukarkan penduduk kampung kawasan tersebut untuk berhubung diantara satu dengan yang lain. Dari itu, penduduk kampung ini menamakannya sebagai 'Kampung Purutawoi'.

Nota :
Ukuran jarak diantara Kampung Purutawoi dan Pekan Tongod adalah seperti berikut :

  • Melalui jalan sungai menggunakan bot =10lter minyak petrol

  • Melalui jalan sungai menggunakan sampan =2jam 45minit