Visi / Misi |
||
Visi 'Halaman Kampung Purutawoi' akan menjadi sumber pengumpulan maklumat sejarah yang berkisar di sepanjang Sungai Kinabatangan termasuk Sejarah Kewujudan Kg.Purutawoi dalam Daerah Tongod,Kinabatangan sebagai edisi sulung dalam blog ini serta sedikit sebanyak maklumat mengenai budaya dan adat-istiadat yang diamalkan oleh Suku Makiang di kampung ini sejak berpuluh tahun yang lalu hingga kini. 'Halaman Kampung Purutawoi' akan menjadi portal Pusat Sehenti (One Stop Centre) yang menyediakan khidmat maklumat kepada seluruh warga Daerah Tongod, Kinabatangan khususnya dan seluruh kawasan N.47 Kuamut yang bekerja, belajar atau berhijrah di bandar samada ia dalam kawasan Sabah atau di luar Sabah. Misi 'Halaman Kampung Purutawoi' berhasrat untuk menjadi Pusat Rujukan maklumat melalui : 1). Pengumpulan maklumat bersejarah yang merangkumi sejarah sesuatu tempat, dan sejarah sesuatu suku yang tinggal di sepanjang pesisir pantai Sungai Kinabatangan. 2). Dari masa ke semasa, Memuatkan Berita-berita terkini yang berlaku didalam Daerah Tongod dan juga N.47 Kuamut keseluruhannya. Dasar 'Halaman Suku Makiang' komited memberikan info sejarah dan maklumat semasa yang sahih dengan berlandaskan kepada banyak sumber serta boleh dipercayai. |